Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 16, 2013

TUDUNG LABUH PERTAMAKU.....

Assalamualaikum....



Dah lama sgt x update blog ni.. mungkin terlalu sibuk kerja dan jaga anak kot...huhu... x pe lah, kali ni saya nk cerita tentang tudung labuh.  Sebenarnya sudah lama hati ini terpaut dengan tudung labuh. bila melihat mereka yg bertudung labuh rase tenang je dan sejuk mata memandang.  Malu rasenye berdepan dengan mereka kerana satu ketika dulu saya pernah berTUDUNG LABUH!! Tapi dulu saya bertudung labuh atas dasar peraturan sekolah agama tempat saya belajar dulu.

Dulu msa pakai tudung labuh di sekolah tiada masalah, mungkin kerana kesemua nya bertudung labuh.. so....tidak ade yg ganjil. tp selepas meninggalkan sekolah tu.... saya jd culture shock! iman sgt lemah.. ikut kawan...ikut nafsu... dan hanya mahukn keseronokan semata2.  Namun Allah masih sygkan saya...DIA taknak sy terus hanyut. semasa di universiti, sy dapat roomate yg bertudung labuh dan ini membuatkan saya lebih menjaga penampilan untuk menjaga hati dia.

Masuk fasa bekerja, saya dikelilingi dengan rakan2 yang sgt update dgn fesyen. mereka bertudung namun msh tidak sepenuhnya memenuhi syariat, termasuklah SAYA! tapi hari demi hari bila sudah berkahwin dan mempunyai anak, hati saya mula meronta2 untuk berubah jd lebih baik utk anak dan suami.  Suami sudah lama minta saya bertudung labuh. tp sy memberi janji pd dia dan tangguh...tangguh....dan tangguh.. sampailah suatu hari suami sy ckp dia kalau boleh anak tu nnt kenal ummi dia dgn bertudung labuh. sejak dari itu sy terfikir, skg anak saya blum lg mengenali org sbb msh bayi. sy mula mencari2 jalan dan ruang2 utk berubah dengan cara membaca blog2 islamic, melihat gmbar wanita bertudung labuh, mencari2 penjual tudung labuh online.. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan saya.  Saya dipertemukan dengan sorang rakan kerja yang baru msk dan dia bertudung labuh.  Dia membelikan kain tudung dan membuatkan tudung labuh utk saya. Matanya bersinar2 saat melihat saya mencuba tudung yg dibuatnya. Mulutnya tak habis2 puji saya sgt comel bertudung labuh.

Mulai dari itu saya mula mengumpul dan membeli tudung labuh utk persediaan akan datang.. namun masa nya blum sya tetapkan lg bila........
Bersambung......nk blk dah....hehe


Wednesday, November 24, 2010

Oh DSLR..........

Oh DSLR.. kau membuat aku bermimpi spjng malam utk memiliki dirimu. bilakan kau akan jd milikku buat selamanya??? ape aku merapu nih, ni la akibatnye trlalu taksub sgt ngn dslr. huhu.. aku sbnrnye minat bangat ngn dslr ni. even camera aku yg comey ni pun aku buat cm dslr je..hahaha.. kesian kan aku??  walaupun aku bkn dr background photography..tp aku minat sgt bidang ni. skg ni pn aku suke edit2 picture yg aku ade. minat sgt. pandai tu x la...tp minat tu mmbuatkan aku redah je ape yg aku tau. kwn2 aku ade gak tnye aku pki camera ape. padahal aku tgkap gmbar ngn kamera murah je. bkn dslr pun. pastu aku edit la kasi nmpak gojesssss...hahaha...

husband aku da fhm sgt minat aku ni...die ckp klu ade rezki die nk blikan utk aku satu. cume aku kesian kt die. ye la..bnyk lg komitmen lain yg nk kne selesaikan.. so...nk x nk aku kne pendamkan dlu hasrat aku utk memiliki dslr kesayangan...its ok. insya Allah suatu hari nnt akan ku miliki jua dslr ku sndiri.

sabar.....sabar...dan terus bersabar ye wawa.....


ni mcm nk jual 3 rm10 je ni..hahahahaha...

Tuesday, November 23, 2010

Bercuti ke Punk-Core.....

last week aku g bercuti ngn family aku ke pulau pangkor. best sgt!!! walaupun sebenarnye plan aku n hubby da lari sket but it's ok.. becoz we enjoy sgt kt sne. macam2 aktiviti ktorg buat kt sne...snorkling...banana boat..nek jet sky..BBQ and mcm2 lg lah. tp yg x bestnye sbb abg aku yg no.2 x dpt join. klu ade lg best ngn anak2 nye yg huru hare tuh. hehehe.....

Family aku stay kt Suria Resort, Teluk Nipah.  Ktorg nek fery dari jeti yg bru tu Marina Island. Kakak ipar aku sje je beli tiket dr marina sbb die kate klu nek dr jeti Lumut tu sgt crowded. So,ktorg park keta kt jeti marina je.  pada sape2 yg nk g bercuti tu bole je klu nk dtg teluk nipah ni. best jugak dan costnye pn agak murah... cume makanan kt sni agak mahal sket dr biase. itu yg aku pasan la...hehehe...

kt sini aku share sket pic family aku mse brcuti kt sne..

Ni la ferry nk ke pulau pangkor...

sampai je di jeti pangkor trus van anto ke resort...laju gile driver ni bwk van ni. sume kecut perut..hahahaha...

jom snorkling.....yuhooooo..


yes...we are ready for snorkling. (padahal x reti berenang pownnn...)



anak-anak buah aku yg sonok sgt smpai x nk blk....huhu...


errmmmm...tu je pic yg aku dpt kongsi. bnyak lg sbnrnye..tp mls nk upload. =p  tp mmg best la. walaupun penat tapi berbaloi-baloi....... cume yg kureng skit kt ni time snorkling tu batu karang nye x nmpak sgt dan ikan pun x bape bnyk.  sbb tu la kwn2 aku ramai sugest g pulau perhentian utk snorkling. maybe die nye batu karang lebih cantik kot.... it's ok. ade rezki pjg umo kite terjah pulau perhentian pulak okkk........da.....

Monday, November 15, 2010

Sejarah solat 5 waktu...

Assalumalaikum..
sempenan meyambut hari raya aidil adha ni.. aku nk share satu artikel tentang sejarah solat 5 waktu yg umat Islam kerjakan setiap hari. Selame ni korang solat, tau x sejarah solat 5 waktu ni.?? subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.  artikel ni aku dpt dr dlm diari muslimah yg husband aku belikan utk aku. aku x bnyk conteng pn diari ni, tp yg bestnye dlm diari ni ade mcm2 aritikel dan hadis2 yang menarik utk di bace dan x slh rs nye aku nk kongsi ngn yg lain.


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.  Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.  ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.  Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.  perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.  Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama: Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakat Kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.  Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga: Tanda bersyukur dan mamohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat Keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.  Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar.  Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan
Rakat Kedua: Kelam dengan Air laut
Rakaat Ketiga: Kelam dengan Malam
Rakaat Keempat: Kelam dalam perut ikan Nun

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.  Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiga.

ISYA'

Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.  Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.  Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat Kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.



Friday, November 12, 2010

Contest Black & White Photo....=)

dear ezzan...ini photo dari saye for ur black n white contest. in dis photo is me wif my twin.. tq....

same....tapi tak serupe... =)


l.u.v w.a.w.a...~~~

kt mne leh dpt t-shirt ni ek. kekeke...